AM > BERITA

ASLIZA ALI DILANTIK CEO, SETIAUSAHA EAIC

17/07/2024 05:04 PM

PUTRAJAYA, 17 Julai (Bernama) -- Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) melantik Asliza Ali sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) dan juga Setiausaha EAIC berkuat kuasa hari ini.

Pelantikan Asliza dibuat bagi menggantikan Norhayati Ahmad yang telah kembali bertugas ke Jabatan Peguam Negara pada 18 Ogos 2023.

Menurut EAIC, Asliza berpengalaman luas dalam bidang perundangan menerusi khidmat di Jabatan Peguam Negara sebagai Pegawai Undang-Undang (Gred Utama C) sebagai Ketua Unit di Seksyen Kes-Kes Terkelas, Bahagian Guaman, Jabatan Peguam Negara dari 2020 hingga 2024.

“Terdahulu, beliau pernah berkhidmat di Bahagian Guaman, iaitu Unit Kontrak dan Kecuaian Perubatan dari 2017 hingga 2020, selain pernah berkhidmat sebagai Pengarah Guaman Negeri di Pejabat Penasihat Undang-Undang (PUU) Negeri Johor, PUU Kementerian Pertahanan dan Kementerian Belia dan Sukan serta Timbalan Pendakwa Raya di Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia,” kata EAIC dalam kenyataan hari ini.

Suruhanjaya itu berkata pelantikan berkenaan diharap memperkukuh pelaksanaan fungsi dan tadbir urus EAIC sebagai badan pengawasan integriti pegawai penguat kuasa dan agensi penguatkuasaan di bawah Akta Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan 2009 (Akta 700).

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan