MALAYSIA ANTIMICROBIAL RESISTANCE (MYAMR) CONFERENCE 2024 - UNITE AGAINST ANTIMICROBIAL RESISTANCE (AMR): FIGHT RESISTANCE WITH EVIDENCE

17/07/2024 05:02 PM

KUALA LUMPUR, 17 Julai (Bernama) -- Kerintangan antimikrob (AMR) telah diisytiharkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sebagai antara sepuluh ancaman utama terhadap kesihatan global dan memberi impak terhadap pencapaian Liputan Kesihatan Sejagat (UHC) dan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) 2030. Implikasi daripada AMR ini termasuklah ancaman terhadap keselamatan dan keterjaminan makanan, peningkatan kadar kematian, tempoh tinggal di hospital yang lebih lama, beban kewangan yang meningkat ke atas sistem penjagaan kesihatan dan menjejaskan keupayaan kita untuk memerangi pandemik.

Berdasarkan kajian yang diterbitkan oleh jurnal The Lancet pada tahun 2022, dianggarkan 1.27 juta kematian di seluruh dunia pada tahun 2019 adalah secara langsung dikaitkan dengan AMR terutamanya di negara membangun. Selain itu, laporan Health and Economic Impacts of Antimicrobial Resistance in the Western Pacific Region, 2020-2030 oleh WHO Western Pacific Regional Office (WPRO) mengunjurkan jangkitan berkaitan AMR akan menyebabkan 5.2 juta kematian dan mengakibatkan jumlah kos ekonomi sebanyak US$ 148 bilion di Rantau Pasifik Barat di antara tahun 2020 - 2030.

Untuk teks penuh, klik di sini


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan