ECRL BAKAL LONJAK PEMBANGUNAN EKONOMI DI PAHANG

24/07/2024 03:34 PM

KUANTAN, 24 Julai (Bernama) -- Pembangunan jajaran Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) yang dijangka siap pada Disember 2026 dan mula beroperasi Januari 2027, dilihat sebagai pemangkin utama kemajuan ekonomi di Pahang. Ketua Unit Strategi MRL, Mohd Zaidi bin Sharif, menegaskan projek ini akan membawa perubahan besar kepada sosio-ekonomi negeri tersebut.

Sesi rundingan awam yang dianjurkan oleh Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) bersama pemain industri sektor logistik negeri Pahang dan Malaysia Rail Link (MRL) di Kuantan hari ini, menyaksikan komitmen MRL dalam memastikan ECRL memberi impak positif kepada pembangunan kawasan terlibat. MRL menyatakan, projek ini bukan sahaja akan meningkatkan jaringan hubungan antara negeri, tetapi juga memacu pertumbuhan ekonomi tempatan.

 

Untuk teks penuh, klik di sini


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan