Pembinaan Pantas Mampu Tarik Pelaburan Di Pahang

30/07/2024 11:13 AM

KUALA LUMPUR, 30 Julai (Bernama) -- Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) bersama Majlis Bandaraya Kuantan (MBK), baru-baru ini melancarkan inisiatif pembinaan pantas yang dijangka memberi impak besar terhadap ekonomi Pahang. Bengkel hands-on yang melibatkan 36 peserta dari agensi teknikal, pemaju, dan perunding projek telah dilaksanakan untuk membincangkan projek rintis pembinaan kilang tayar di Kuantan. Inisiatif ini bertujuan untuk meningkatkan produktiviti sektor pembinaan dan menarik pelaburan yang signifikan ke negeri Pahang.

Projek pembinaan kilang tayar dengan nilai pelaburan RM1.33 bilion ini dijangka akan mula beroperasi pada September 2025. Selain dari nilai pelaburan yang besar, projek ini dijangka akan menyediakan lebih 700 peluang pekerjaan, dengan 80% daripada jawatan tersebut akan disediakan untuk penduduk tempatan. Dengan pendekatan pembinaan pantas dan efisien yang diterapkan, projek ini diharapkan dapat menarik pelabur ke Kuantan dan menjadikan negeri ini sebagai destinasi pelaburan yang lebih kompetitif.

Untuk teks penuh, klik di sini


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan