PCG Mencatatkan PAT Sebanyak RM809 Juta Pada 2Q 2024

16/08/2024 04:28 PM

KUALA LUMPUR, 16 Ogos (Bernama) -- PETRONAS Chemicals Group Berhad (PCG) mencatatkan Keuntungan Selepas Cukai (PAT) sebanyak RM809 juta untuk suku kedua Tahun Kewangan Berakhir 31 Disember 2024. Pada suku tersebut, pendapatan meningkat sebanyak 3% berbanding 1Q 2024 kepada RM7.7 bilion, didorong oleh jumlah jualan yang lebih tinggi dalam segmen Baja & Metanol Kumpulan dan sumbangan yang lebih tinggi daripada segmen Kimia Khusus.

Sektor petrokimia terus dibebani lebihan bekalan petrokimia global, kadar pertumbuhan rendah dan ketidakstabilan geopolitik di samping prospek ekonomi makro yang tidak menentu. Harga produk olefin tertentu kekal tinggi berikutan kekurangan bekalan sementara yang berpunca daripada gangguan logistik dan penutupan penyelenggaraan loji di rantau Asia Pasifik, manakala ketersediaan bekalan memberi impak pada harga urea, propilena dan monoetilena glikol. Penekanan margin disebabkan oleh kos yang tinggi untuk tenaga, bahan mentah kimia dan operasi lain terus menimbulkan cabaran, terutamanya bagi pengeluar hiliran.

 

Untuk teks penuh, klik di sini


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan