Hospital Umum Sarawak Mengukuhkan Kedudukannya dalam Pusat Penyelidikan Klinikal Fasa Awal Di Peringkat Global

10/10/2024 03:13 PM

KUCHING, 10 Okt (Bernama) -- Hospital Umum Sarawak (HUS), bersama dengan Pusat Penyelidikan Klinikal (CRC) di HUS, telah berjaya mencipta nama melalui beberapa pencapaian penting dalam penyelidikan klinikal fasa awal, sejurus memposisikan HUS sebagai pemain utama dalam landskap klinikal First-in-Human (FIH) global. Pencapaian ini juga telah mengukuhkan reputasi HUS sebagai pesaing serantau dalam penyelidikan fasa awal, serta kemampuannya dalam menjalankan kajian tajaan antarabangsa dengan cemerlang.

Antara pencapaian terkini ialah penglibatan peserta kajian pertama di rantau Asia Pasifik dari HUS, untuk rawatan baharu bagi Systemic Lupus Erythematosus (SLE). SLE ialah keadaan autoimun yang menjejaskan pelbagai organ seperti sendi, kulit, otak, paru-paru, buah pinggang dan saluran darah. Kajian klinikal fasa pertama SLE yang ditaja oleh industri ini diketuai oleh Pakar Perunding Reumatologi HUS, Dr Teh Cheng Lay.

 

Untuk teks penuh, klik di sini


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan