SUKAN > BERITA

KEJOHANAN NCAA : MUHAMMAD AZEEM DAN RAKAN-RAKAN MENANG EMAS 4X100M

08/06/2024 12:52 PM

KUALA LUMPUR, 8 Jun (Bernama) -- Atlet pecut negara Muhammad Azeem Mohd Fahmi membantu Universiti Auburn memenangi acara 4X100 meter (m) lelaki di Kejohanan Persatuan Olahraga Kolej Kebangsaan (NCAA) di Oregon Amerika Syarikat, pada Jumaat.

Muhammad Azeem bersama tiga lagi rakan sepasukan Kanyinsola Ajayi, Dario Matau dan Makanakishe Charamba mencatatkan masa 38.03 saat (s) dan melepasi catatan masa terbaik musim mereka sebelum ini 38.38s ketika saringan pada Khamis.

Universiti Louisiana State (LSU) menang perak dengan catatan 38.21s manakala Universiti Houston yang mencatatkan 38.25s, gangsa.

Muhammad Azeem ialah pemegang rekod 100m kebangsaan dengan catatan 10.09s dan mencatatkan masa terbaik peribadi musim ini 10.24s ketika menyertai Kejohanan Olahraga Jemputan LSU di Los Angeles pada 27 April.

Pemenang pingat gangsa Sukan Asia Hangzhou 2022 itu akan menyertai beberapa kejohanan berturut-turut dimulai dengan Terbuka Malaysia pada 14-16 Jun, diikuti Terbuka Kazakhstan pada 23-24 Jun dan Sukan Universiti ASEAN (AUG) 2024 di Surabaya-Malang, Indonesia pada 2-5 Julai.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan