SUKAN > BERITA

LI JANE RAIH KEJUARAAN TERBUKA AS

19/06/2024 10:45 AM

KUALA LUMPUR, 19 Jun (Bernama) -- Pemain boling wanita negara Sin Li Jane melakar sejarah muncul atlet Malaysia pertama memenangi Kejohanan Terbuka Wanita Amerika Syarikat (AS) di Royal Pin Woodland, Indianapolis pada Selasa.

Pemain berusia 32 tahun itu mempamerkan aksi cemerlang merangkul kejuaraan tersebut selepas menewaskan pemain dari Latvia Diana Zavjalova 226-214 pada perlawanan akhir stepladder.

Keputusan dicatat itu sekali gus menyaksikan Li Jane merupakan wakil Asia kedua yang memenangi kejohanan tersebut selepas Shinobu Saitoh dari Jepun pada tahun 1982.

Kejohanan itu mula diperkenalkan pada 1949 dan pencapaian terbaik pemain boling Malaysia sebelum ini ialah menerusi Datuk Shalin Zulkifli yang menduduki tempat ketiga pada edisi 2008.

Selaku juara, Li Jane membawa pulang hadiah wang AS$60,000 (kira-kira RM282,900) selain jaket hijau kejuaraan dan trofi, manakala naib juara menerima AS$30,000 (kira-kira RM141, 500).

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan