SUKAN > BERITA

ARC 2024: SKUAD BUNGA RAYA 15'S TUMPAS KEPADA UAE 19-62

22/06/2024 11:52 AM

KUALA LUMPUR, 22 Jun (Bernama) -- Skuad ragbi Bunga Raya 15 sebelah (15's) negara mengakhiri kempen Kejohanan Ragbi Asia (ARC) 2024 dengan kekalahan 19-62 kepada Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada saingan perlawanan Divisyen Premier di Stadium Sevens, Ud al-Bayda, Dubai semalam.

Skuad bimbingan Mohd Farid Syazwan Abu Bakar terpaksa akur dengan kehebatan UAE apabila ketinggalan 28 mata setelah lawan menguasai perlawanan separuh masa pertama dengan 40-12.

Separuh masa kedua, Malaysia melakukan try menerusi Henry Christian Preston pada minit ke-45 disusuli conversion Lee Chapman dalam cubaan bangkit mengejar mata, namun ia tidak memadai selepas UAE melakukan empat try serta satu conversion untuk memastikan kemenangan.

Keputusan dilakar itu menyaksikan Skuad Bunga Raya menamatkan perlawanan kelima dengan kedudukan tercorot Pool A tanpa mengumpul sebarang mata sekali gus terpaksa bermain bagi saingan ARC Divisyen Satu tahun hadapan.

Pada perlawanan sebelum ini, skuad Bunga Raya 15s dibelasah 5-55 oleh Korea Selatan sebelum turut tewas 6-70 kepada juara bertahan Hong Kong.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan