SUKAN > BERITA

PEMAIN KDN FC DIINGAT TERLALU SELESA SELEPAS RAIH KEMENANGAN PERTAMA

24/06/2024 11:46 AM

KOTA BHARU, 24 Jun (Bernama) -- Pemain Kelantan Darul Naim FC (KDN FC) diingatkan supaya tidak terlalu selesa selepas meraih kemenangan pertama musim ini mengatasi PDRM FC pada aksi Liga Super di Stadium Sultan Muhammad IV, semalam.

Penolong Ketua Jurulatih KDN FC Rezal Zambery Yahya berkata pemain boleh meraikan kemenangan sulung mereka itu namun perlu kekal fokus kepada perlawanan seterusnya terutama untuk berdepan Kedah Darul Aman (KDA FC) pada 12 Julai.

“Biarlah pemain kami bergembira kerana mereka sebelum ini menghadapi pelbagai tekanan.

“Bagaimanapun, barisan jurulatih akan memantau pemain semasa latihan agar mereka tidak leka dengan kemenangan kerana perjalanan perlawanan pasukan musim ini terlalu jauh lagi,” katanya dalam sidang media selepas perlawanan malam tadi.

Gol tunggal kemenangan KDN FC semalam diperoleh menerusi sepakan penalti yang disempurnakan Oday Kharoub pada minit ke-28.

Sementara itu ketua jurulatih PDRM FC, P Maniam berkata tuan rumah layak mendapat kemenangan itu susulan kesungguhan pemain yang beraksi dengan penuh semangat dan berdisiplin tinggi.

"Kekalahan ini sudah tentu satu keputusan buruk kepada kami namun kita tengok KDN FC bersemangat tinggi dan mereka lebih agresif mencipta peluang menjaringkan gol,” katanya.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan