SUKAN > BERITA

NUR DHABITAH SAH KE SUKAN OLIMPIK PARIS 2024

29/06/2024 05:13 PM

KUALA LUMPUR, 29 Jun (Bernama) -- Penerjun wanita negara Nur Dabhitah Sabri akan membuat penampilan ketiganya di Sukan Olimpik pada edisi Paris 2024, menerusi lebihan kuota yang tidak digunakan atlet negara lain.

Khabar gembira itu disahkan oleh Pengarah Teknikal Malaysia Swimming (MS) Bryan Nickson Lomas hari ini, selepas pihaknya menerimal e-mel daripada Akuatik Dunia memaklumkan perkara berkenaan pada 5 petang semalam.

“Nur Dhabitah akan terjun dalam acara 3 meter (m) papan anjal di Paris nanti,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Bagaimanapun, Bryan berkata nasib seorang lagi penerjun negara Ooi Tze Liang pula hanya akan diketahui sekiranya mendapat pemakluman daripada Akuatik Dunia pada 8 Julai ini.

Nur Dhabitah yang pernah bersaing pada edisi Rio 2016 dan Tokyo 2020 bakal menemani penerjun muda Bertrand Rhodict Lises yang muncul atlet pertama negara layak ke Sukan Olimpik 2024.

Sementara itu, mengenai persediaan Nur Dhabitah menjelang temasya Paris 2024, Bryan berkata atlet berusia 24 tahun itu diletakkan dalam mod bersedia dan telah menjalani persiapan awal walaupun gagal secara merit pada Kejohanan Akuatik Dunia di Doha, Februari lepas.

“Memang sebelum ini kita letak dia dalam plan B sekiranya (Nur Dhabitah) layak ke Sukan Olimpik. Sebab itu dia sertai Australian National Trial baru-baru ini kerana sekurang-kurangnya dia ada satu kejohanan sebelum paris 2024,” katanya.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan