SUKAN > BERITA

TENIS KERUSI RODA: YUSSHAZWAN SAH KE SUKAN PARALIMPIK PARIS 2024

17/07/2024 08:55 PM

KUALA LUMPUR, 17 Julai (Bernama) -- Pemain tenis kerusi roda kebangsaan Mohammad Yusshazwan Yusuf akan membuat penampilan sulung pada temasya Sukan Paralimpik 2024 di Paris yang bakal membuka tirai pada 28 Ogos ini,

Persatuan Tenis Kerusi Roda Malaysia (WTM) dalam kenyataan hari ini memaklumkan Yusshazwan menerima slot itu melalui merit kerana menduduki ranking ke-30 dunia.

Hanya 32 pemain terbaik dalam ranking dunia Persekutuan Tenis Antarabangsa (ITF) layak bertanding secara merit di Paris.

Presiden WTM Muhd ​​Iqbal Sulaiman berkata ini adalah kali kedua pemain negara layak ke Paralimpik selepas Abu Samah Borhan membuat penampilan sulung di Tokyo 2020.

"Abu Samah sedang menunggu permohonan bipartitnya (melalui Jemputan Suruhanjaya Bipartit) untuk diluluskan (untuk Paralimpik 2024)," katanya.

Abu Samah bergandingan dengan Yusszhawan untuk merangkul pingat perak beregu lelaki pada Sukan Para Asia Hangzhou 2022.

-- BERNAMA

 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan