SUKAN > BERITA

SKUAD HOKI REMAJA BERGURU DI BRISBANE, PERSIAPAN HADAPI DUA KEJOHANAN TAHUN INI

22/07/2024 07:54 PM

KUALA LUMPUR, 22 Jun (Bernama) -- Skuad hoki remaja lelaki negara bakal berguru di Brisbane, Australia bermula 24 Julai hingga 6 ogos ini sebagai persiapan menghadapi dua kejohanan yang berlangsung tahun ini iaitu Piala Sultan Johor dan Piala Remaja Asia 2024.

Pengurus Pasukan Remaja Lelaki Kebangsaan, S.Ganesan berkata beliau berharap pemain-pemain yang terpilih menyertai Siri Jelajah Brisbane dapat memanfaatkan peluang itu dengan sebaiknya selain menimba sebanyak mungkin pengalaman dalam memantapkan lagi permainan mereka pada masa akan datang.

“Selepas sesi pemilihan pemain yang diadakan baru-baru ini, Siri Jelajah Brisbane merupakan langkah pertama bagi mempersiapkan pasukan ini yang akan menghadapai dua kejohanan iaitu Piala Sultan Johor pada Oktober dan Piala Remaja Asia pada bulan Disember.

Saya berharap setiap pemain yang diberikan kepercayaan bersama pasukan ini akan mengambil peluang tersebut dengan sebaiknya. 

“Mereka perlu buktikan mengapa mereka harus terus kekal berada di dalam pasukan.

“Barisan kejurulatihan akan terus menilai setiap pemain bagi memastikan mereka dapat berkembang secepat mungkin sebagai seorang individu dan membentuk satu pasukan terbaik yang mempunyai persefahaman antara satu dengan lain,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Konfederasi Hoki Malaysia (KHM) hari ini.

Dalam pada itu, KHM memaklumkan sebanyak enam aksi telah diatur melibatkan empat perlawanan menentang Pasukan Kebangsaan B-21 Australia dan dua perlawanan menentang Kelab Hoki Queensland di Queensland State Hockey Centre.

Menurut badan induk itu, barisan pemain yang dibimbing oleh Jurulatih I. Vikneswaran akan berlepas ke Brisbane pada rabu ini.

Berikut merupakan senarai 26 pemain Skuad Remaja Lelaki Kebangsaan yang mengikuti Siri Jelajah Brisbane, Australia pada 24 Julai hingga 6 Ogos 2024.

No

Nama

Posisi

1

Mohamad Rafaizul Mohamad Saini

Penjaga gol

2

Muhammad Danish Afnan Mohd Faizal

Penjaga gol

3

Khairul Amirin Mohd Kamarul Azlan

Penjaga gol

4

Andywalfian Jefffryrius

Pertahanan

5

Muhammad Nabil Irfan Mohd Yusof

Pertahanan

6

Samrin Asri

Pertahanan

7

Mohamad Nor Syakir Hafiz

Pertahanan

8

Muhd Alief Adha Akhbar

Pertahanan

9

Muhammad Zamarul Hazim Ahmad Zamri

Pertahanan

10

Muhammad Hafiezuddin Mohd Ali

Pertahanan

11

Muhammad Danish Danial Abd Wahab

Tengah

12

Muhammad Addy Jazmi Jamlus

Tengah

13

Muhammad Khairul Norizam

Tengah

14

Muhammad Handzalah Abdul Hadi

Tengah

15

Disairul Fazrien Muhammad Nazrien

Tengah

16

Mohd Adam Ashraf  Mohd Johari

Tengah

17

Wan Arif Faizuddin Wan Azmeer

Tengah

18

Mohammad Harris Iskandar Osman

Penyerang

19

Che Nur Aqirullah Che Mohd Khaurulzi Anwar

Penyerang

20

Muhammad Danish Aiman Khairil Anwar

Penyerang

21

Sriraam Vikneswaran

Penyerang

22

Mohamad Khairil Hakimi Zainol

Penyerang

23

Ekram Aidilfikri Sapri

Penyerang

24

Yashvindraa Singaravadivel

Penyerang

25

Addit Abdullah

Penyerang

26

Naaveennash Panicker Thevendran

Penyerang

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan