SUKAN > BERITA

EMPAT ATLET DARI PERAK TERPILIH KE SUKAN PARALIMPIK PARIS 2024

25/07/2024 11:07 PM

IPOH, 25 Julai (Bernama) -- Empat atlet dari Perak terpilih ke Sukan Paralimpik Paris 2024 yang akan berlangsung pada 28 Ogos hingga 8 Sept ini.

Atlet tersebut ialah Nur Jannaton Abdul Jalil bagi sukan memanah, Nur Suraiya Muhamad Zamri dan Mohamad Yusof Hafizi Shaharuddin bagi sukan berbasikal manakala Abu Samah Borhan bagi sukan tenis berkerusi roda.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan Perak, Khairudin Abu Hanipah berkata kerajaan negeri dan rakyat Perak tentunya teruja dan berbangga dengan pencapaian tersebut dan ia menjadi ikon kepada atlet negeri yang lain supaya mempunyai semangat serupa dengan atlet-atlet berkenaan.

“Kejayaan mereka ini cukup besarnya maknanya kepada kita orang Perak, begitu juga dengan Azeem (pelari pecut Muhammad Azeem Mohd Fahmi) yang turut terpilih ke Olimpik Paris, kita harap mereka akan melakar kejayaan besar di sana,” katanya kepada media selepas Majlis Perjumpaan Khas Kontinjen SUKMA Perak 2024 di sini hari ini.

Pada majlis itu kerajaan negeri menyumbang RM4,000 setiap seorang kepada empat atlet berkenaan sebagai usaha menyokong atlet-atlet itu.

-- BERNAMA

 

 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan