SUKAN > BERITA

Paris 2024: Nur Aisyah Tidak Tamatkan Perlumbaan

05/08/2024 01:40 AM

PARIS, 4 Ogos (Bernama) -- Penampilan pertama pelumba berbasikal lebuh raya wanita negara Nur Aisyah Mohamad Zubir di Sukan Olimpik Paris 2024 tidak berjaya membuahkan hasil apabila menjadi antara 14 pelumba yang direkodkan sebagai tidak menamatkan perlumbaan hari ini. 

Bagaimanapun laman sesawang olympics.com/en/paris-2024 tidak menyatakan dengan lebih lanjut. 

Perlumbaan sejauh 158.0 kilometer (km) di Trocadero itu menyaksikan pelumba Amerika Syarikat, Kristen Faulkner membawa pulang pingat emas dengan catatan 3:59:23s, manakala Marianne Vos (Belanda) dan Lotte Kopecky (Belgium), masing-masing merangkul perak (4:00.21s) dan gangsa (4:00:21s). 

Nur Aisyah mencipta sejarah muncul pelumba berbasikal lebuh raya wanita Malaysia pertama beraksi di pentas Olimpik selepas Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) menghadiahkannya slot ke Paris 2024.

Nur Aisyah sebelum ini dihantar ke Belgium untuk mengambil bahagian dalam hampir 20 kejohanan sebagai aksi pemanas badan sebelum terlibat dengan kemalangan ketika menyertai pertandingan di sana pada 16 Jun lepas. 

Beliau mengalami kecederaan ringan di bahu dan tekak susulan kemalangan itu selain basikal gantian yang digunakan Nur Aisyah ketika menyertai pertandingan tersebut patah di beberapa bahagian.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan