SUKAN > BERITA

Paris 2024: Muhammad Shah Firdaus Mara Ke Separuh Akhir

11/08/2024 06:05 PM

PARIS, 11 Ogos (Bernama) -- Atlet berbasikal trek negara Muhammad Shah Firdaus Sahrom, yang menjadi harapan terakhir Malaysia di Sukan Olimpik Paris 2024, berjaya meneruskan kemaraan ke separuh akhir acara keirin lelaki, hari ini. 

Pelumba berusia 28 tahun berasal dari Muar itu meraih kedudukan ketiga dengan 0.051 saat (s) ketinggalan di belakang Jack Carlin dari Great Britain yang mengungguli saringan pertama suku akhir di Saint-Quentin-en-Yvelines National Velodrome di sini.

Turut mara Matthew Glaetzer (+0.006s) dari Australia di kedudukan kedua dan pelumba pelumba Kaiya Ota yang berada di tempat keempat.

Dengan hanya empat pelumba terbaik setiap saringan layak ke separuh akhir, pelumba Israel Mikhail Yakovlev (+0.215s) dan James Hedgcock dari Kanada (+0.310s) tersingkir.

Pusingan separuh akhir dijadualkan pada 12.29 tengah hari (6.29 petang waktu Malaysia), diikuti final pada 1.32 tengah hari (7.32 malam di Malaysia).

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan