SUKAN > BERITA

Atlet Sabah Raih Emas Di SUKMA 2024 Terima Insentif RM10,000

17/08/2024 05:30 PM

KOTA KINABALU, 17 Ogos (Bernama) -- Kerajaan Negeri Sabah meningkatkan insentif atlet yang memenangi pingat emas Sukan Malaysia (SUKMA) 2024 kepada RM10,000 berbanding RM5,000 sebelumnya.

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata bagi pemenang pingat perak dan gangsa pula, kerajaan negeri akan menunggu cadangan daripada Kementerian Belia dan Sukan negeri setelah selesai temasya sukan dwitahunan kebangsaan itu.

"Saya berharap kontinjen Sabah berjaya mencapai sasaran 40 pingat emas pada SUKMA 2024. Saya mahu atlet Sabah bertanding dengan semangat kesukanan tinggi dan menjaga disiplin diri demi nama baik Sabah," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Terdahulu, Hajiji mengadakan pertemuan bersama skuad wushu Sabah yang berjaya menyumbang tiga pingat emas dan satu perak di Kuching, Sarawak. 

Wushu menyumbang tiga pingat emas buat kontinjen Sabah menerusi Amirah Sofea Azlan (sanda 45-48kg wanita), Dione Babyline Fely (sanda 48- 52kg wanita) dan Fyenlly Himon (sanda 48-52kg lelaki).

Pingat perak dimenangi Ericson Bong Cheng Loong (toulu gunshu lelaki).

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan