SUKAN > BERITA

Liga Super: Perlawanan KDN FC Dengan Kuching City Malam Ini Ditunda - Exco

17/08/2024 07:56 PM

KOTA  BHARU, 17  Ogos (Bernama) -- Perlawanan Liga Super antara Kelantan Darul Naim FC (KDN FC) dan Kuching City yang dijadualkan malam ini ditunda susulan kerja baik pulih sistem perparitan di Stadium Sultan Muhammad IV.

Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Badan Bukan Kerajaan (NGO) dan Perpaduan Masyarakat Kelantan Zamakshari Muhamad berkata kerja-kerja pembaikan itu dilakukan sejak awal bulan ini dan dijangka siap pada Oktober depan.

"Dalam tempoh ini semua perlawanan melibatkan KDN FC ditunda pada tarikh yang akan ditetapkan pihak pengurusan Liga Super,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.

Beliau berkata kerja-kerja baik pulih sistem peparitan itu dilakukan bagi mengekalkan permukaan padang di stadium, memandangkan sebelum ini air bertakung terutama ketika perlawanan dalam cuaca hujan.

-- BERNAMA


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan