SUKAN > BERITA

SUKMA 2024: Satu Rekod Temasya 'Lebur' Hari Ini

18/08/2024 12:55 AM

KUCHING, 17 Ogos (Bernama) -- Satu rekod temasya Sukan Malaysia (SUKMA) 2024 diperbaharui hari ini dalam acara 50 meter (m) Raifal 3 Posisi individu wanita berlangsung di Lapang Sasar Sarawak di sini.

Penembak Negeri Sembilan Gan Chen Jie yang meraih pingat emas mencatatkan 574 mata, meleburkan rekod milik penembak Perak Nurul Syafani Nabilah Abdul Razak yang melakukan bidikan 569 mata pada edisi 2022 di Kuala Lumpur.

Sementara itu, tuan rumah terus cemerlang dengan 13 pingat emas setakat 11.30 malam ini untuk mengungguli carta pungutan pingat.

Sarawak diekori rapat Wilayah Persekutuan yang mengumpul sembilan emas diikuti Terengganu dengan lapan emas, Pulau Pinang (enam).

Sebanyak 35 pingat emas akan dipertandingkan esok, membabitkan sukan karate yang menawarkan lapan emas, taekwondon dan menembak masing-masing enam manakala memanah dan golf, empat.

Skuasy, petanque dan tenpin boling menawarkan dua emas manakala satu dalam acara gimrama untuk direbut oleh atlet bertanding.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan