SUKAN > BERITA

Zhen Song Sambar Emas Kata

18/08/2024 01:13 AM

MIRI, 17 Ogos (Bernama) -- Atlet karate Chan Zhen Song membuka akaun pingat emas kontinjen Pulau Pinang apabila mengungguli acara Kata individu lelaki Sukan Malaysia (SUKMA) 2024 hari ini.

Gerakan kemas dipersembahkan atlet berusia 21 tahun itu telah memikat juri untuk menghadiahkan 38.8 mata dalam saingan berlangsung di  Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Miri di sini.

Wakil Perak, Syah Ahmad Jasman Syah dengan 36.4 mata pada aksi penentuan pingat emas manakala Muhammad Aiqal Asmadie dari Wilayah Persekutuan dan Mohamad Haznil Henry dari Sabah berkongsi gangsa.

"Sebenarnya apabila tahu keputusan tersebut saya sendiri pun terkejut kerana perbezaan mata sangat jauh dan saya juga kagum dengan persembahan sendiri sebab sudah banyak usaha dan masa dicurahkan dalam latihan untuk SUKMA ini.

“Emas ini cukup bermakna buat saya bagi menggantikan gangsa Kata berpasukan pada edisi lepas,” katanya.

Dalam saingan wanita pula, Lovelly Anne Robberth dari Sabah mengumpul 39.2 mata untuk memenangi emas menewaskan Farhah Syahirah Mohamad Shamrin dari Brunei yang memperoleh perak dengan 38.6 mata.

Gangsa acara itu dikongsi Ph Ng Lebin dari Pulau Pinang dan Bernice Low Yu Han mewakili Perlis.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan