SUKAN > BERITA

Selangor ‘spike’ Emas Di Gelanggang Bola Tampar

23/08/2024 05:53 PM

SIBU, 23 Ogos (Bernama) -- Pasukan bola tampar lelaki Selangor meraih pingat emas selepas menumpaskan Wilayah Persekutuan 3-0 pada aksi final yang berlangsung di Dewan Bola Tampar Rejang Park, di sini hari ini.

Selangor yang dibimbing Shamsaimon Mohd Sarit mencatat kemenangan mudah 25-14 pada set pertama untuk mendahului 1-0.

Bermula set kedua, Wilayah Persekutuan yang dibimbing Ong Chun Keong memberi tentangan hebat namun belum cukup untuk menumbangkan Selangor yang melakar kemenangan 25-22.

Set ketiga berlangsung rancak dengan kedua-dua pasukan berselang-seli mengutip mata namun prestasi Selangor lebih konsisten untuk mencatat kemenangan 25-17 sekali gus meranapkan impian Wilayah Persekutuan untuk meraih emas dan berpuas hati dengan pingat perak.

Pingat gangsa dimenangi pasukan Sarawak yang juga juara bertahan menewaskan Johor 3-0 dalam aksi penentuan tempat ketiga dan keempat, semalam.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan