SUKAN > BERITA

Zarief Rayqal Mahu Cemerlang Di IWF24

08/10/2024 03:12 PM

KUALA LUMPUR, 8 Okt (Bernama) -- Pelumba muda negara Zarief Rayqal Fahruddin menyasarkan untuk meneruskan penguasaannya pada IAME World Warrior Finals 2024 (IWF24) yang akan berlangsung di Valencia, Sepanyol bulan depan.

Pelumba berusia 14 tahun muncul juara keseluruhan kategori remaja pada Siri IAME Asia 2024 berkata beliau telah memberikan lebih tumpuan dalam latihan yang telah dirancang oleh jurulatihnya Rohairijaz Mohd Ropin.

Pelumba DRM Racing Team itu berkata beliau sedang mempersiapkan diri kerana menyedari tugas berat bakal menanti di Valencia apabila perlu bersaing dengan barisan pelumba terbaik dunia.

“Saya mahu membanggakan ibu bapa dan Malaysia. Saya akan cuba sehabis baik,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Pelajar Cempaka International School Damansara Heights itu mengumpul 152 mata untuk menewaskan rakan sepasukannya Krittach Jiyarupa dari Thailand, untuk mempertahankan gelaran keseluruhan buat Malaysia selepas ia dimenangi Katrina Ee, tahun lepas.

Bersaing dengan lebih 30 pelumba di litar Asia Tenggara, Zarief Rayqal meraih tiga daripada enam pusingan untuk menamatkan kejohanan di tangga teratas tahun ini.

IWF24 akan menampilkan empat kategori perlumbaan iaitu X30 MINI untuk bakat muda, X30 Junior untuk pelumba muda bercita-cita tinggi, X30 SENIOR (pelumba berpengalaman) dan X30 MASTER (untuk pelumba dewasa dan berpengalaman).

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan