BERITA TERGEMPAR   The future of ASEAN must include Timor-Leste, whose inclusion will expand the region's economy and contribute to fulfilling our grand vision - PM Anwar | Laos secara rasmi serah kepengerusian ASEAN kepada Malaysia | 
 SUKAN > BERITA

Kelab Ragbi Cobra Muktamadkan Barisan Pemain Selepas Piala Agong 2024 Berakhir

09/10/2024 01:32 PM

PETALING JAYA, 9 Okt (Bernama) -- Pasukan Kelab Ragbi Cobra hanya akan memuktamadkan barisan pemain terbaik untuk mewakili mereka pada Kejohanan Ragbi Cobra 10 Sebelah (10s) 2024 selepas Kejohanan Ragbi Piala Agong 2024 berakhir pada 27 Okt ini.

Presiden Kelab Ragbi Cobra Darryll Sinnappa berkata setakat ini apa yang boleh dikongsi adalah jaguh ragbi negara K. Dinesvaran atau lebih dikenali sebagai Dugro berkemungkinan besar tidak dapat beraksi pada edisi kali ini kerana mengalami kecederaan.

“Kita masih dalam proses pemilihan kerana Piala Agong masih berlangsung, jadi kita tak boleh nyatakan siapa yang akan bermain. Kita akan tengok siapa dipilih (berdasarkan prestasi terbaik) dan yang tidak cedera.

“…mereka yang berjaya ke peringkat akhir akan kita pertimbangkan untuk dimasukkan dalam pasukan. Bagi pasukan Cobra, kita akan ada 16 pemain dengan 10 daripadanya adalah dari Malaysia dan selebihnya pemain antarabangsa,” katanya kepada pemberita selepas sidang media Kejohanan Ragbi Cobra 10s 2024 di sini hari ini.

Kelab Ragbi Cobra, salah satu kelab ragbi terkemuka di Malaysia, mengumumkan bahawa mereka akan menganjurkan Kejohanan Cobra 10s 2024 edisi ke-51 pada 2 dan 3 Nov ini di Padang Astaka, Petaling Jaya.

Kejohanan itu akan menyaksikan penyertaan 14 pasukan dari sembilan negara iaitu Australia, New Zealand, Afrika Selatan, Papua New Guinea, Samoa, United Kingdom, Sri Lanka, Jepun dan Malaysia.

Selain Kelab Ragbi Cobra, pasukan lain yang turut mewakili Malaysia ialah KL Tigers RFC, SSTMI Tsunami dan Royal Town Warriors.

“Sekarang kita fokus untuk menaikkan taraf pasukan elit dekat Malaysia, sebab itu kita ambil empat kelab ragbi Malaysia bersaing dengan pasukan antarabangsa,” katanya. 

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan