SUKAN > BERITA

Mohamad Norza Sah Pertahan Jawatan Presiden MOM

01/03/2025 04:50 PM

KUALA LUMPUR, 1 Mac (Bernama) -- Tan Sri Mohamad Norza Zakaria mengesahkan akan mempertahankan jawatan Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM) bagi penggal 2025-2029 pada Mesyuarat Agung Tahunan MOM ke-44 pada 19 April ini. 

“Ya, saya akan mempertahankan kerusi presiden,”  katanya pada sidang media selepas Majlis Menandatangai Perjanjian antara MOM dan Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) di Shang-Ri La di sini hari ini.

Sementara itu, Tan Sri Hamidin Mohd Amin pula enggan memberikan sebarang komen sama ada untuk mempertahankan jawatan Timbalan Presiden MOM atau tidak, pada pemilihan kali ini.

Selain dua jawatan tertinggi itu, pemilihan turut terbuka bagi jawatan lima naib presiden, seorang setiausaha agung dan dua penolongnya, selain beberapa lagi kekosongan jawatan.

Dalam perkembangan lain, Mohamad Norza turut mengumumkan badang negara Mohamad Aniq Kasdan dan perenang negara Khiew Hoe yean sebagai dua penerima pertama Dana Pendidikan atlet MOM masing-masing berjumlah RM10,000 setahun, sehingga tamat pengajian. 

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan