SUKAN > BERITA

KTRW Perkuat Serangan Dengan Pemain Import Celestine

04/02/2026 10:56 PM

KOTA BHARU, 4 Feb (Bernama) -- Kelantan The Real Warriors (KTRW) memperkukuhkan jentera serangan pasukan dengan mendapatkan khidmat pemain import dari Perancis, Enzo Celestine bagi menghadapi baki saingan Liga Super musim ini.

Kelab itu memaklumkan Celestine telah menandatangani kontrak bersama pasukan dan dijangka membuat penampilan sulung dalam aksi Piala Cabaran menentang Imigresen FC pada Jumaat ini.

Menurut kenyataan KTRW hari ini, pemain berusia 28 tahun itu akan digandingkan bersama penyerang tempatan dalam usaha memperbaiki kedudukan pasukan dalam carta Liga Super.

Menurut kenyataan KTRW hari ini, pemain berusia 28 tahun itu akan digandingkan bersama penyerang tempatan dalam usaha memperbaiki kedudukan pasukan dalam carta Liga Super.

Celestine memiliki pengalaman luas beraksi di Eropah apabila pernah menyertai beberapa kelab di Perancis selain beraksi dalam liga utama Romania bersama Arges Pitesti.

Pemain berketinggian 1.90 meter itu juga pernah beraksi di Asia, termasuk Liga Indonesia bersama Persipura Jayapura, Persibo Bojonegoro dan Persikad Depok.

“Beliau menunjukkan konsistensi serta ketajaman di hadapan gol sepanjang beraksi dalam Liga 2 Indonesia dan diharapkan mampu menjadi penyerang utama pasukan,” menurut kenyataan itu.

KTRW kini berada di kedudukan ke-10 Liga Super selepas mengharungi 16 perlawanan dengan mengumpul 15 mata hasil empat kemenangan, tiga seri dan sembilan kekalahan.

-- BERNAMA

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan