WILAYAH - UTARA > BERITA

BEKALAN AIR DI ARAU DAN KANGAR KEMBALI PULIH

13/06/2024 09:50 AM

KANGAR, 13 Jun (Bernama) -- Bekalan air yang terjejas di kawasan Arau dan Kangar kembali pulih selepas Pam Air Bersih di Loji Rawatan Air (LRA) Fasa 4, Kampung Sena di Arau beroperasi seperti biasa.

Syarikat Air Perlis (SAP) menerusi makluman di laman Facebook rasminya malam tadi memaklumkan kerja baik pulih kerosakan suis utama pam air bersih di LRA berkenaan siap sepenuhnya dan loji itu telah beroperasi pada tahap maksimum 100 peratus.

Menurut SAP, pengoperasian LRA secara maksimum itu memboleh para pengguna mula mendapat tekanan air yang lebih baik dan peningkatan kuantiti pembekalan air secara berperingkat.

"Pemulihan bekalan air di kawasan terkesan adalah berbeza-beza bergantung kepada jarak dari KTA (tangki air) dan tekanan air di dalam sistem agihan.

“SAP sedaya upaya mengambil segala usaha agar dapat terus membekalkan air kepada pengguna seperti sedia kala.," menurut makluman itu.

Semalam, Bernama melaporkan lebih 40,000 akaun pengguna air terjejas di dua kawasan terbabit selepas berlaku kerosakan Pam Air Bersih di LRA itu pada 11 Jun akibat gangguan elektrik terhadap suis utama pam itu.

Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur dan Pengangkutan Awam Perlis Izizam Ibrahim berkata gangguan elektrik itu menyebabkan dua daripada tiga pam di situ terjejas mengakibatkan bekalan air terganggu. 

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan