WILAYAH - SARAWAK > BERITA

TEMPOH PENGUNDIAN BAGI PILIHAN RAYA PRESIDEN IRAN TAMAT

29/06/2024 01:40 PM

TEHRAN, Iran, 29 Jun (Bernama-Anadolu) -- Pilihan raya presiden ke-14 Iran telah berakhir secara rasmi selepas proses pengundian berlangsung selama 18 jam, lapor Agensi Anadolu.

Jurucakap suruhanjaya pilihan raya Iran, Mohsen Eslami berkata proses itu berakhir pada tengah malam waktu tempatan.

Pengundian bermula pada 8 pagi Jumaat dan berakhir pada 6 petang, selaras dengan perlembagaan bahawa tempoh mengundi selama 10 jam.

Bagaimanapun, Kementerian Dalam Negeri melanjutkan tempoh pengundian agar membolehkan lebih ramai pengundi melaksanakan tanggungjawab mereka.

Empat calon bertanding untuk jawatan itu selepas kematian Presiden Ebrahim Raisi dalam nahas helikopter bulan lepas.

Calon-calon itu adalah Mohammad Baqer Qalibaf, Saeed Jalili, Masoud Pezeshkian dan Mostafa Pourmohammadi.

Dianggarkan 64 juta pengundi di Iran layak mengundi dalam pilihan raya berkenaan dan majoritinya golongan muda.

Sebanyak 58,640 pusat mengundi disediakan di seluruh negara bagi memudahkan proses pengundian.

Di luar negara, Kementerian Luar menetapkan 344 pusat mengundi untuk rakyatnya.

Pilihan raya 2021 menyaksikan peratusan keluar mengundi paling rendah iaitu 49 peratus.

Keputusan dijangka diumumkan petang Sabtu, namun pengiraan undi bermula sejurus selepas pusat pengundian ditutup.

Sekiranya tiada calon memperoleh lebih 50 peratus undi, pusingan kedua akan diadakan pada 5 Julai.

-- BERNAMA-ANADOLU

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan