WILAYAH - SARAWAK > BERITA

FILIPINA REKOD 205 KEMATIAN AKIBAT DENGGI HINGGA JUN

01/07/2024 05:20 PM

MANILA, 1 Julai (Bernama-Xinhua) -- Filipina merekodkan 205 kematian akibat denggi dari 1 Jan hingga 15 Jun tahun ini, menurut Jabatan Kesihatan (DOH) negara itu pada Isnin, lapor Xinhua.

Sepanjang tempoh itu, sebanyak 77,867 kes denggi direkodkan di seluruh negara, menyaksikan peningkatan sebanyak 15 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lalu.

Setiausaha Kesihatan, Teodoro Herbosa berkata bahawa masih belum terlambat untuk membuat perubahan.

Beliau menggesa kerajaan tempatan untuk mengambil inisiatif memusnahkan tempat pembiakan nyamuk.

Pada 29 Mei, biro cuaca mengumumkan permulaan musim hujan di Filipina.

-- BERNAMA-XINHUA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan