WILAYAH - SARAWAK > BERITA

PM ANWAR SEMPURNAKAN MAJLIS KEMUNCAK, PENUTUP MINGGU LATIHAN KEBANGSAAN 2024 PETANG INI

30/06/2024 09:11 AM

KUALA LUMPUR, 30 Jun (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menyempurnakan Majlis Kemuncak dan Penutup Minggu Latihan Kebangsaan (NTW) 2024, petang ini di pekarangan parkir B, Stadium Nasional Bukit Jalil.

NTW 2024 yang bermula Isnin, dianjurkan Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) di bawah naungan Kementerian Sumber Manusia (KSM), bertujuan menerapkan budaya pembelajaran sepanjang hayat dalam kalangan rakyat melalui peluang meningkatkan kemahiran dan pembelajaran secara percuma.

Program latihan percuma itu melibatkan lima teras utama iaitu kemahiran hidup; kemahiran masa depan; kreativiti dan inovasi; kewangan; dan pembangunan mampan.

Lima teras tersebut dipilih berdasarkan keperluan bakat dan industri di Malaysia.

Setakat Khamis, NTW 2024 berjaya mendaftarkan kira-kira 330,000 rakyat Malaysia dalam 65,000 kursus latihan percuma, melepasi sasaran asal KSM iaitu 200,000 peserta dalam 25,000 kursus.

NTW yang dilancarkan buat pertama kali tahun lepas, berjaya menyediakan lebih 21,000 kursus latihan percuma kepada lebih daripada 129,000 rakyat Malaysia, di samping mencatatkan lebih daripada 503,000 jam latihan.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan