WILAYAH - SARAWAK > BERITA

SYARIKAT PENERBANGAN KEDUA TERBESAR KANADA BATAL 150 PENERBANGAN KERANA MOGOK

30/06/2024 11:43 AM

VANCOUVER, 30 Jun (Bernama-Xinhua) -- WestJet Group, syarikat penerbangan kedua terbesar di Kanada membatalkan 150 penerbangan pada Sabtu akibat mogok oleh jurutera penyelenggaraan pesawatnya, lapor Xinhua.

Menurut WestJet menerusi laman sesawangnya, pembatalan penerbangan yang disebabkan mogok oleh Aircraft Mechanics Fraternal Association (AMFA) akan menjejaskan kira-kira 20,000 penumpang.

AMFA mewakili kira-kira 670 jurutera penyelenggaraan WestJet, memulakan tindakan mogok pada 4.30 petang waktu tempatan (2330 GMT) Jumaat.

Lebih banyak penerbangan akan dibatalkan pada pagi Sabtu sekiranya mogok tidak dihentikan atau tiada campur tangan segera, kata syarikat penerbangan itu dalam satu kenyataan.

WestJet memaklumkan pihaknya kini sedang berusaha meminta Menteri Buruh dan Lembaga Hubungan Perindustrian Kanada untuk campur tangan.

-- BERNAMA-XINHUA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan