WILAYAH - SARAWAK > BERITA

KEMALANGAN GENTING HIGHLANDS: PEMANDU BAS DIREMAN EMPAT HARI

30/06/2024 12:43 PM

KUANTAN, 30 Jun (Bernama) -- Pemandu bas pesiaran yang terlibat dengan kemalangan yang mengorbankan dua warga China ketika dalam perjalanan turun dari Genting Highlands, Bentong semalam direman empat hari.

Ketua Polis Daerah Bentong Supt Zaiham Mohd Kahar dalam kenyataan berkata pemandu bas berusia 32 tahun itu ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah Bentong sekitar 10.30 malam tadi sebelum direman bermula hari ini untuk membantu siasatan.

Semalam media melaporkan pemandu bas itu tidak mempunyai lesen memandu dan memiliki 27 saman lampau melibatkan pelbagai kesalahan. 

Dalam nahas jalan raya kira-kira 11 pagi itu, dua lelaki warga China maut manakala 19 penumpang lagi terselamat selepas bas persiaran dinaiki dipercayai terbabas dan melanggar tembok pembahagi jalan di KM 16.5 Jalan Turun Genting Highlands. 

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan