WILAYAH - SARAWAK > BERITA

FAISAL JALANI FISIOTERAPI INTENSIF, PULIHKAN FUNGSI TANGAN KIRI

03/07/2024 09:13 PM

SHAH ALAM, 3 Julai (Bernama) -- Pemain kebangsaan dan tonggak utama Selangor FC (SFC) Muhammad Faisal Abdul Halim atau Faisal Halim mula menjalani fisioterapi yang lebih intensif bagi memulihkan fungsi pergerakan tangan kirinya. 

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) SFC Dr Johan Kamal Hamidon berkata pemain sayap itu telah memulakan sesi intensif tersebut sejak beberapa hari lepas.

"Insya-Allah pada minggu hadapan, beliau juga akan mula membuat latihan larian bagi mendapatkan semula kecergasannya.

"Namun, latihan yang akan dilakukan Faisal hanya melibatkan rutin ringan memandangkan beliau masih dalam proses pemulihan," katanya kepada pemberita pada majlis penyerahan Tabung Solidariti kepada Selangor FC di sini hari ini.

Beliau berkata proses pemulihan anak kelahiran Pulau Pinang itu juga berjalan lancar dan menunjukkan perkembangan yang positif.

Pada 5 Mei lepas, Faisal Halim menjadi mangsa simbahan asid di sebuah pusat beli-belah di Kota Damansara menyebabkan beliau mengalami kelecuran tahap empat pada beberapa bahagian badan.

Sementara itu, Johan berkata pihaknya masih menunggu perkembangan terkini siasatan kes berkenaan daripada pihak polis. 

-- BERNAMA 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan