WILAYAH - SARAWAK > BERITA

TIADA LESEN MEMANDU KESALAHAN TERTINGGI DIKESAN JPJ SABAH

03/07/2024 09:32 PM

KOTA KINABALU, 3 Julai (Bernama) -- Kesalahan tiada Lesen Memandu Kompeten merupakan kesalahan tertinggi direkodkan Operasi Khas Hari Raya Aidiladha (HRAA) yang dilaksanakan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Sabah antara 10 hingga 30 Jun lepas.

Sebanyak 2,579 kesalahan tersebut berjaya dikesan semasa operasi berkenaan.

Pengarah JPJ Negeri Sabah Mohd Harris Ali berkata kesalahan kedua tertinggi adalah Lesen Kenderaan Motor tamat tempoh dengan jumlah 1,668, diikuti kesalahan tiada insurans 1,199. 

Beliau berkata sebanyak 7,988 notis saman dikeluarkan kepada 3,865 kenderaan sepanjang pelaksanaan operasi atas pelbagai kesalahan.

“Ia termasuklah gagal mematuhi  Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Akta Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan 1987 serta Kaedah-kaedah Pengangkutan Jalan.

“Secara keseluruhan, sebanyak 34,652 buah kenderaan telah diperiksa sepanjang 20 hari Operasi HRAA itu,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Mohd Harris berkata sebanyak 156 buah kenderaan telah disita, manakala pemeriksaan terhadap 2,439 kenderaan perkhidmatan awam (KPA), JPJ Negeri Sabah telah mengeluarkan 120 notis saman atas pelbagai kesalahan.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan