WILAYAH - TENGAH > BERITA

ISU TUNGGAKAN GAJI: KBS SARAN FAM CARI JALAN PENYELESAIAN SEBAIKNYA

14/07/2024 08:55 PM

KUANTAN, 14 Julai (Bernama) -- Kementerian Belia dan Sukan menyarankan agar Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menangani dan mencari jalan penyelesaian sebaiknya berhubung masalah tunggakan gaji pemain dalam Liga Malaysia (Liga M) 2024/2025.

Timbalan Menteri Belia dan Sukan Adam Adli Abd Halim berkata pihaknya tidak mencampuri isu itu kerana telah menyerahkan sepenuhnya isu tunggakan gaji pemain kepada FAM. 

“Buat masa ini, yang kita tekankan ialah FAM perlu menangani perkara ini sebaik mungkin,” katanya kepada media selepas menghadiri program Kembara Jumpa Orang Muda (Kembara Jom) Peringkat Negeri Pahang 2024 di Dewan Datuk Sri Abdul Manan Ismail di sini hari ini. 

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai isu tunggakan gaji beberapa pasukan yang beraksi dalam saingan Liga M musim 2024/2025.

Pada Jumaat lepas, pemerhati sukan Datuk Dr Pekan Ramli berkata FAM berpotensi berdepan hukuman daripada Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) jika gagal menghentikan isu berulang masalah tunggakan gaji pemain dalam Liga M.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan