WILAYAH - SARAWAK > BERITA

AZIZI DILANTIK KETUA POLIS PERAK BAHARU

16/07/2024 01:44 PM

IPOH, 16 Julai (Bernama) --  Timbalan Ketua Polis Perak Datuk Azizi Mat Aris dilantik sebagai Ketua Polis Perak yang baharu hari ini.

Beliau menggantikan Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri yang dilantik sebagai Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman berkuat kuasa semalam.

Majlis Serah Terima Tugas itu diadakan di Mes Pegawai Kanan Polis di Jalan Sultan Azlan Shah di sini, disaksikan oleh Pengarah Pengurusan Bukit Aman Datuk Seri Azmi Abu Kassim.

Pada majlis itu, DCP Zulkafli Sariat yang sebelum ini merupakan Senior Asisten Komisioner (SAC) Modenisasi Pengurusan Organisasi Urus Setia Ketua Polis Negara (KPN) (Penyelidikan dan Pembangunan) Bukit Aman juga dilantik sebagai Timbalan Ketua Polis Perak yang baharu.

Sementara itu turut diadakan upacara serah tugas Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (Perkep) Perak,  Datin Wanita Wari yang sebelum ini memangku jawatan berkenaan.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan