WILAYAH - SARAWAK > BERITA

ADB LULUS PINJAMAN US$100 JUTA KEPADA UZBEKISTAN

16/07/2024 06:40 PM

MANILA, 16 Julai (Bernama-Xinhua) -- Bank Pembangunan Asia (ADB) pada Selasa meluluskan pinjaman sebanyak US$100 juta bagi membantu Uzbekistan meningkatkan penjagaan pranatal untuk wanita hamil dan bayi mereka, lapor Xinhua.

Walaupun kadar kematian ibu di Uzbekistan menurun daripada 38 kepada 30 kematian bagi setiap 100,000 kelahiran hidup antara tahun 2010 dan 2020, ADB dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa kadar itu "kekal tinggi berbanding purata di Eropah dan Asia Tengah".

ADB berkata projek penjagaan pranatal bersepadu itu akan membantu kerajaan menaik taraf sekitar 230 pusat di seluruh negara dengan peralatan perubatan moden yang cekap tenaga, piawaian dan protokol klinikal yang dikemas kini, peningkatan kapasiti kakitangan kesihatan dan mekanisme jaminan kualiti.

Bank yang berpangkalan di Manila itu berkata projek berkenaan juga akan memperkukuh sistem rujukan pranatal dan meluaskan akses kepada penjagaan menyelamatkan nyawa yang sesuai dan tepat pada masanya.

Ini dengan mengukuhkan pasukan tindak balas kecemasan serta memperkenalkan rekod pesakit elektronik untuk mengenal pasti risiko kesihatan dan memantau kehamilan dari awal.

-- BERNAMA-XINHUA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan