WILAYAH - SARAWAK > BERITA

PM ANWAR TERIMA KUNJUNGAN HORMAT MENTERI LUAR UZBEKISTAN

09/07/2024 07:20 PM

KUALA LUMPUR, 9 Julai (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menerima kunjungan hormat Menteri Luar Uzbekistan Bakhtiyor Saidov yang dalam lawatan rasmi sehari ke Malaysia.

Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan memaklumkan pertemuan yang diadakan di pejabat Anwar di bangunan Parlimen itu bagi membincangkan tindakan susulan daripada lawatan Perdana Menteri ke Uzbekistan pada Mei lepas, termasuk keperluan untuk meningkatkan perdagangan antara kedua-dua negara.

“Semasa pertemuan itu, Perdana Menteri dan Menteri Luar Saidov turut membincangkan keperluan bagi mengukuhkan kerjasama dua hala, terutamanya dalam bidang pendidikan tinggi, industri minyak dan gas, sektor kesihatan, industri pelancongan, industri halal, serta kerjasama pelbagai hala antara ASEAN dan Uzbekistan,” katanya.

Anwar turut mengulangi jemputan kepada Presiden Shavkat Mirziyoyev untuk mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia dalam masa terdekat, menurut kenyataan itu.

-- BERNAMA

 

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan