WILAYAH - SARAWAK > BERITA

OLIMPIK PARIS: TIADA PERUBAHAN ACARA BEREGU CAMPURAN WALAUPUN CHRISTIANSEN TARIK DIRI

17/07/2024 11:03 PM

KUALA LUMPUR, 17 Julai (Bernama) -- Pertandingan acara badminton beregu campuran pada Sukan Olimpik Paris 2024 akan diteruskan tanpa sebarang penggantian pemain atau undian semula susulan penarikan diri pemain Denmark Mathias Christiansen, demikian disahkan Persekutuan Badminton Dunia (BWF) hari ini.

Menurut  badan dunia itu tiada peruntukan dalam Peraturan Kelayakan Olimpik untuk pasangan gantian kerana penarikan diri Christiansen tidak banyak menjejaskan undian awal.

“Undian acara beregu campuran kini akan menampilkan 15 pasangan dengan Kumpulan C terdiri daripada tiga pasangan," menuerut kenyataannya hari ini.

BWF memaklumkan bahawa Badminton Denmark telah mengeluarkan kenyataan sebelum ini bahawa penarikan diri Christiansen dikaitkan dengan kesilapan yang tidak disengajakan dalam melaporkan keberadaannya dengan Anti-Doping Denmark.

“Selepas berunding dengan pengadil kejohanan Sukan Olimpik, BWF telah mengeluarkan Christiansen dan pasangannya Alexandra Boje dari Kumpulan C,”menurut kenyataan itu.

Acara badminton akan berlangsung di Arena Porte de la Chapelle dari 27 Julai hingga 5 Ogos ini.

Beregu campuran utama negara Chen Tang Jie-Toh Ee Wei, ranking kesembilan dunia, berada dalam Kumpulan D bersama-sama gandingan nombor dua dunia China Feng Yanzhe-Huang Dongping, pasangan No. 18 dunia dari Singapura Terry Hee-Jessica Tan dan Vinson Chiu-Jennie Gai dari  dari Amerika Syarikat.

--BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan