WILAYAH - SARAWAK > BERITA

KKM TAWAR KHIDMAT KAUNSELING KEPADA KELUARGA NUR FARAH KARTINI

18/07/2024 02:49 PM

SUNGAI BULOH, 18 Julai (Bernama) -- Kementerian Kesihatan (KKM) menawarkan perkhidmatan  kaunseling psikososial dan pascatrauma kepada keluarga Nur Farah Kartini Abdullah, kata Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Lukanisman Awang Sauni.

“Saya mewakili Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad menawarkan perkhidmatan kaunseling psikososial dan pascatrauma kepada mereka (keluarga mangsa),” katanya ringkas kepada pemberita semasa menziarahi keluarga mangsa kes pembunuhan itu di Jabatan Forensik Hospital Sungai Buloh di sini. 

Nur Farah Kartini, 25, dilaporkan hilang sejak 10 Julai lepas dan mayatnya ditemukan kira-kira 6 petang pada Isnin. 

Susulan itu, seorang lelaki berusia 26 tahun yang juga seorang anggota polis bertugas di Perak ditahan dan direman hingga 22 Julai ini untuk membantu siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Lukanisman juga berharap siasatan kes pembunuhan itu dapat dijalankan secara adil dan pihak bertanggungjawab dibawa ke muka pengadilan.

Sementara itu, abang kepada mangsa, Mohd Fariza Amir Abdullah, 28, memaklumkan jenazah adiknya akan dikebumikan selepas solat Asar di Pekan, Pahang selain turut menzahirkan terima kasih kepada semua pihak yang mendoakan agar urusan keluarganya dipermudahkan.

 -- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan