WILAYAH - TIMUR > BERITA

ISU AIR: AKSB SEDIA DUA TANGKI STATIK DI KAMPUNG JEJULUK

18/07/2024 03:59 PM

KOTA BHARU, 18 Julai (Bernama) -- Syarikat Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) menyediakan dua tangki statik di Kampung Jejuluk, Banggu di sini bagi mengatasi masalah berkalan air di kawasan berkenaan.

AKSB dalam kenyataan di sini hari ini memaklumkan selain dua tangki statik, pihaknya turut menggunakan sebuah lori tangki untuk menghantar bekalan air bersih setiap hari kepada pengguna yang terjejas. 

"Kami juga mengoperasi dua unit telaga di bawah Jabatan Sumber Air Negeri Kelantan (JSANK) dijangka dilaksanakan pada Okt 2024 ini.

"Sementara itu, pelan jangka panjang yang dirangka AKSB termasuk pembukaan medan telaga baharu bagi Loji Rawatan Air (LRA) Chicha, pembinaan tangki menara untuk meningkatkan tekanan air di DMA Binjai dan penukaran paip kepada saiz lebih besar," menurut kenyataan itu. 

Bekalan air di kawasan kampung itu dari Loji Rawatan Air (LRA) Chicha yang mengagihkan bekalan ke Tangki Kubang Kerian yang sebelum ini disalurkan kepada 47 akaun pengguna.

"Kapasiti pengeluaran bekalan air semasa di LRA Chicha menunjukkan sedikit penurunan daripada 64 juta liter sehari (JLH) kepada 54 JLH serta Tangki Kubang Kerian juga terjejas iaitu 32 JLH pengeluaran semasa dan tahap minima yang diperlukan ialah 35 JLH," menurut kenyataan itu. 

Kesan penurunan pengeluaran bekalan air semasa di loji dan tangki menjejaskan agihan ke kampung terbabit dan kawasan sekitar. 

AKSB akan memaklumkan perkembangan lanjut dari semasa ke semasa menerusi laman sesawang www.airkelantan.my, aplikasi MyAKSB, Facebook, Instagram atau boleh hubungi PINTAS di talian 15777 jika pengguna mempunyai aduan. 

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan