BERITA TERGEMPAR   PRK Nenggiri: Jentera PH akan digerakkan bantu kempen calon BN- Fahmi | 
 WILAYAH - SARAWAK > BERITA

LELAKI DIDAKWA MILIKI BAHAN BERKAITAN KUMPULAN IS

19/07/2024 12:43 PM

BUTTERWORTH, 19 Julai (Bernama) -- Seorang pekerja kedai makan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan memiliki bahan-bahan berkaitan kumpulan pengganas Islamic State (IS) bulan lepas.

Muhammad Zul Khairi Mohamad Nasir, 33, mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Noor Aini Yusof, namun tiada pengakuan direkodkan berikutan kes di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Mengikut pertuduhan, Muhammad Zul Khairi didakwa memiliki bahan-bahan yang berkaitan dengan kumpulan pengganas IS dalam telefon bimbit miliknya iaitu jenis Redmi Note 11 di Sungai Dua di sini, pada 9.35 pagi, 23 Jun lepas.

Dia didakwa mengikut Seksyen 130JB(1)(a) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda dan hendaklah dilucuthakkan mana-mana bahan tersebut, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Syafinas Shabudin manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah membenarkan kes dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dan menetapkan 19 Ogos ini untuk sebutan kes.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan