WILAYAH - SARAWAK > BERITA

OPERASI PELABUHAN KLANG TIDAK TERJEJAS DENGAN GANGGUAN MICROSOFT GLOBAL

19/07/2024 06:21 PM

Oleh Harizah Hanim Mohamed

KUALA LUMPUR, 19 Julai (Bernama) -- Lembaga Pelabuhan Klang mengesahkan operasi di Northport (Malaysia) Bhd dan Westports Holdings Bhd tidak terjejas dengan gangguan Microsoft Windows global yang menjejaskan banyak industri.

Pengurus Besar Lembaga Pelabuhan Klang Kapten K Subramaniam berkata sistem di pelabuhan, pintu masuk utama melalui laut ke Malaysia, tidak terjejas akibat gangguan tersebut.

“Pada masa ini, kami tidak mempunyai sebarang berita tentang gangguan (yang dihadapi oleh kapal),” katanya ketika dihubungi pada 5.10 petang.

Laporan berita dari seluruh dunia menjangkakan pelbagai sektor, termasuk institusi perbankan, syarikat pembayaran, syarikat penerbangan dan syarikat pengangkutan akan mengalami masalah teknikal dan kelewatan disebabkan gangguan itu.

Laporan itu memetik gangguan yang berlaku dikaitkan dengan firma keselamatan siber global CrowdStrike.

CrowdStrike Holdings Inc ialah sebuah syarikat teknologi keselamatan siber Amerika yang berpangkalan di Austin, Texas. Ia menyediakan beban kerja penembusan dan keselamatan titik akhir, risikan ancaman dan perkhidmatan serangan siber.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan