WILAYAH - SARAWAK > BERITA

KETUA PARTI KOMUNIS VIETNAM NGUYEN PHU TRONG MENINGGAL DUNIA

19/07/2024 08:26 PM

HANOI, 19 Julai (Bernama-VNA) -- Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat Parti Komunis Vietnam Nguyen Phu Trong meninggal dunia hari ini pada usia 80 tahun, menurut lembaga perlindungan dan penjagaan kesihatan pegawai pusat.

Menurut laporan Agensi Berita Vietnam (VNA), Nguyen Phu Trong meninggal dunia kerana sakit tua dan selepas sakit teruk.

"Pemimpin Parti itu menghembuskan nafas terakhirnya pada 1.38 tengah hari pada 19 Julai 2024 di Hospital Tentera Pusat 108," menurut laporan berkenaan.

Jawatankuasa Pusat Parti, Dewan Negara, Presiden, Kerajaan dan Jawatankuasa Pusat Barisan Tanah Air Vietnam akan mengeluarkan kenyataan khas mengenai pengebumian negara untuk Nguyen Phu Trong.

-- BERNAMA-VNA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan