WILAYAH - SARAWAK > BERITA

Telinga Trump terkena peluru semasa cubaan bunuh: FBI

27/07/2024 01:57 PM

WASHINGTON, 27 Julai (Bernama-Anadolu) -- Bekas Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump terkena peluru semasa percubaan pembunuhannya awal bulan ini di negeri Pennsylvania, menurut kenyataan FBI pada Jumaat, lapor Agensi Anadolu (AA).

"Yang mengenai telinga bekas Presiden Trump ialah peluru, sama ada keseluruhan atau terpecah menjadi kepingan lebih kecil, yang dilepaskan dari senapang subjek si mati," kata biro itu dalam kenyataan.

Kenyataan itu dikeluarkan dua hari selepas Pengarah FBI Christopher Wray memberitahu Jawatankuasa Kehakiman Dewan Perwakilan bahawa "terdapat beberapa persoalan tentang sama ada peluru atau serpihan peluru yang, anda tahu, mengenai telinganya."

Thomas Matthew Crooks, 20, melepaskan tembakan ke arah Trump semasa satu himpunan kempen di Butler County pada 13 Julai, mengenai telinga kanan beliau. Penembak itu juga meragut nyawa Corey Comperatore dan menyebabkan kecederaan yang serius kepada dua yang lain.

 

Crooks terbunuh di tempat kejadian.

Dalam catatan di platform media sosialnya, Truth Social, Trump, yang merupakan calon presiden Parti Republikan dalam pilihan raya presiden November, berkata: "Saya anggap itu adalah permintaan maaf terbaik yang akan kita dapat daripada Pengarah Wray, tetapi ia diterima sepenuhnya!"

Bekas doktor Rumah Putih dan ahli kongres Republikan Ronny Jackson dari Texas berkata dalam satu surat sebelum ini bahawa tidak ada bukti yang menunjukkan Trump terkena "apa-apa selain peluru."

-- BERNAMA-ANADOLU


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan