WILAYAH - SARAWAK > BERITA

Sultan Selangor Zahir Ucapan Takziah Kepada Keluarga Chen Wing Sum

27/07/2024 08:36 PM

SHAH ALAM, 27 Julai (Bernama) -- Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga mendiang bekas Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Tun Michael Chen Wing Sum yang meninggal dunia semalam. 

Turut menzahirkan ucapan takziah ialah Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin.

Menurut hantaran di Facebook Selangor Royal Office, baginda mengenali mendiang yang juga bekas Timbalan Presiden MCA sebagai seorang ahli politik yang komited berkhidmat untuk rakyat.

“Di atas jasa dan sumbangan semasa hayatnya, pada 1977, Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah telah mengurniakan darjah kebesaran Dato’ Paduka Mahkota Selangor (D.P.M.S),” menurut hantaran itu. 

Semalam Presiden MCA Datuk Dr Wee Ka Siong menerusi hantaran di laman Facebook mengesahkan Chen menghembuskan nafas terakhir pada usia 92 tahun. 

Menurut Wee mendiang telah memainkan peranan penting khususnya dalam memudahkan hubungan dua hala antara Malaysia dan China melalui ‘Diplomasi Ping Pong’ seterusnya memupuk hubungan yang membawa kemajuan dan kerjasama bermakna antara kedua-dua negara. 

-- BERNAMA 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan