WILAYAH - SARAWAK > BERITA

Wanita maut dalam kebakaran di Garden Tour Apartment

28/07/2024 12:48 AM

KUALA LUMPUR, 28 Julai (Bernama) -- Wanita maut manakala seorang lelaki melecur di bahagian tangan kanan dalam kebakaran sebuah unit rumah di aras bawah flat lima tingkat di Garden Tour Apartment Jalan Maju 1/11, Taman Lembah Maju, Ampang di sini malam ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata wanita tempatan berusia 28 tahun itu maut akibat badannya melecur kira-kira 80 peratus.

“Pihak kami menerima panggilan kecemasan pada 9.46 malam dan sepasukan 12 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Pandan Indah bergegas ke lokasi kejadian.

“Lelaki yang cedera dihantar ke Hospital Ampang dengan jentera EMRS manakala mangsa wanita telah disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan,” katanya dalam kenyataan.

Sementara itu, Komander Operasi Amran Muda ketika dihubungi Bernama memaklumkan kebakaran itu melibatkan satu unit rumah di aras paling bawah dan tidak melibatkan unit lain.

“Kedua-dua mangsa dipercayai ahli keluarga namun butiran lengkap masih belum diperoleh,” katanya.

-- BERNAMA

 

 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan