WILAYAH - SARAWAK > BERITA

China raih dua emas pertama Olimpik Paris 2024

28/07/2024 12:04 AM

Daripada Vikneswaran Raman

PARIS, 27 Julai (Bernama) -- China memulakan kempen di Sukan Olimpik Paris 2024 dengan meraih dua pingat emas pertama yang ditawarkan hari ini.

Gandingan penembak Huang Yuting (19)-Sheng Lihao (17) menyumbang pingat emas pertama kontinjen China dalam acara 10 meter (m) air rifle berpasukan campuran, menyingkirkan cabaran Korea Selatan Keum Jihyeon-Park Hajun dengan kemenangan 16-12 di Pusat Menembak Chatearoux.

“Memenangi pingat emas adalah hasil usaha kami, namun nasib juga memainkan peranan. Kami akan jadi lebih baik dari sekarang. Saya akan terus memberi tumpuan kepada perkara yang perlu saya lakukan untuk acara individu pula,” kata Sheng.

Penembak Kazakhstan Alexandra Le-Islam Satpayev-Islam Satpayev pula memenangi pingat gangsa selepas menewaskan gandingan Jerman, Anna Janssen-Maximilian Ulbrich.

China meneruskan dominasi di kolam terjun apabila meraih pingat emas kali keenam berturut-turut dalam acara 3m papan anjal seirama wanita menerusi gandingan Chang Yani-Chen Yiwen yang mengumpul 337.68 mata.

Sarah Bacon-Kassidy Cook dari Amerika Syarikat (AS) membawa pulang perak dengan 314.64 mata dan gangsa dimenangi gandingan Great Britain, Yasmin Harper-Scarlett Mew Jensen (302.28 mata).

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan