WILAYAH - TIMUR > BERITA

Wanita Maut Selepas Treler Rempuh Rumah

03/08/2024 03:50 PM

KUANTAN, 3 Ogos (Bernama) -- Seorang wanita maut dalam runtuhan rumah selepas dirempuh sebuah treler yang terbabas di Kampung Ketapang Hilir, Pekan awal pagi ini.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang Ismail Abdul Ghani berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian berkenaan pada 4.46 pagi.

Beliau berkata sebanyak 16 anggota dan pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat Pekan serta Peramu digerakkan ke lokasi kejadian.

Ismail berkata operasi mencari dan menyelamat mangsa dalam runtuhan dilakukan sebelum pihaknya menemukan mangsa di bahagian bawah hadapan treler itu.

"Mangsa telah disahkan meninggal dunia oleh petugas Kementerian Kesihatan dan diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata tiga mangsa termasuk pemandu treler mengalami kecederaan dan dibawa ke Hospital Pekan untuk rawatan lanjut.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan