WILAYAH - SARAWAK > BERITA

Amaran Ribut Petir Di Beberapa Negeri Di Semenanjung Hingga 12 Tengah Hari Ini

04/08/2024 10:59 AM

KUALA LUMPUR, 4 Ogos (Bernama) -- Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir berserta hujan lebat dan angin kencang di beberapa negeri di Semenanjung hingga 12 tengah hari ini.

MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan kawasan terbabit termasuk keseluruhan Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya dan Pulau Pinang.

Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang juga dijangka berlaku di beberapa dearah di Kedah iaitu Kuala Muda, Perak (Kerian, Larut, Matang dan Selama, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim), Pahang (Rompin), Negeri Sembilan (Seremban, Port Dickson dan Rembau), Melaka (Alor Gajah dan Melaka Tengah) serta Johor (Batu Pahat, Pontian dan Johor Bahru).

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan