WILAYAH - SARAWAK > BERITA

Amaran Ribut Petir Di Beberapa Negeri Hingga 6 Petang Ini - MetMalaysia

04/08/2024 05:26 PM

KUALA LUMPUR, 4 Ogos (Bernama) -- Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir diikuti hujan lebat dan angin kencang di beberapa negeri hingga 6 petang ini.

MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan amaran itu meliputi Selangor (Hulu Selangor, Gombak dan Petaling), Johor (Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru) dan negeri-negeri di utara Semenanjung Malaysia termasuk Kedah (Padang Terap, Pendang, Sik dan Baling) dan Perak (Larut, Matang dan Selama, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar dan Batang Padang).

Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang turut dijangka berlaku di negeri-negeri Pantai Timur iaitu Kelantan (Jeli, Tanah Merah, Kuala Krai dan Gua Musang), Terengganu (Besut, Setiu, Kuala Nerus, Kuala Terengganu, Marang dan Dungun) serta Pahang.

Amaran sama turut dikeluarkan di beberapa kawasan di Sarawak melibatkan Kuching, Sarikei (Julau), Sibu (Kanowit), Mukah (Matu dan Mukah), Bintulu (Tatau), Miri (Beluru dan Marudi) dan Limbang.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan